Khamis, 23 November 2017

BAGUSKAH KITA


Hari ni, kita dengar orang berbisik tentang kita. Bersangka buruk tentang kita. Ya.. Ampun sakitnya telinga ni. Mengapa nak stress? Sedangkan nak cari kasih sayang Allah bukannya mudah. Ingatlah wahai hati, Allah nak bagi pahala dengan berbagai cara. Tidakkah kamu terfikir, orang yang tidak mendapat hidayah dari Allah adalah orang yang suka cari kelemahan orang lain tanpa melihat kelemahan diri sendiri.


Jika pun kita tidak bersalah, maafkanlah mereka yang bersangka buruk dengan kita. Apa yang kita buat semua Allah tahu, bersangka baik dengan Allah SWT. Hari-hari buat yang terbaik. Tak salah senyum pada musuh (orang yang tak suka kita). Insyallah satu hari nanti pasti Allah akan beri hidayah padanya, sebagaimana kita.


Mencari Keredaan Ilahi:
Nukilan : JariMas

Ahad, 11 Jun 2017

ALLAH SAYANG KITA

Assallamualaikkum...WBT

Dalam mengejar dunia terkadang kita terlupa dari mana asal usul kita. Cuba renung dalam-dalam: 
#Kenapa ya, ada orang marah-marah;
#Kenapa ya, ada orang suka senyum;
#Kenapa ya, ada orang yang panas baran;
#Kenapa ya, ada orang mudah memaafkan orang lain; 
#Kenapa ya, ada orang suka membebel;
#Kenapa ya, ada orang suka bercerita pasal orang lain;
#Kenapa ya, ada orang suka tolong orang lain;
#Kenapaya,......................Kenapa..Kenapa..

Jika difikirkan semua tu, tak ada kesudahannya. Apa yang pasti itulah sifat-sifat manusia, Ada baik ada jahat. Setiap yang ada didunia ini pastinya berpasang-pasangan.

Contoh:

Baik - Jahat
Cantik - Hodoh
Atas - Bawah
Depan - Belakang 
Suka - Duka
Tinggi - Rendah

Renungkanlah wahai teman, indahnya ciptaan Allah SWT. takkan sama dengan ciptaan manusia. Semakin kita mencari redha Allah sewmakin Allah dekat dengan kita.

Percayalah oleh mu wahai hati yang sedang dalam kerunsingan ujian yang Allah beri pada kita sebabnya Allah SWT sayang sangat dengan kita.

Ayuh teman buanglah ego mu, buang jauh-jauh dendam mu, semua itulah penyebabnya penyakit hati.

NUKILAN INI BUAT RENUNGAN BERSAMA.
JariMas









 

Khamis, 20 April 2017

PELANGI MUNCUL LAGI


Assallamualaikkum Follower2 ku.

Apa khabar semua. Alhamdulillah..muncul lagi aku berblogger meskipun ramai makhluk Allah SWT dunia ini sibuk mencari destinasinya tersendiri. Maha suci Allah menjadikan makhluknya dalam pelbagai bentuk kehidupan.
Pada sahabat maya yang mengenaliku @ tidak, anggaplah coretan ku ini hanyalah sebahagian bait-bait kata insan biasa yang hanya ingin berkongsi rasa suka dan duka di masa ada. Tiada yang istimewa mengenaiku, cuarahan rasa ini sengaja ku abadikan di maya ini, buat kenangan-kenangan ku semasa ada.


      Perghhh……Macam sedih giler aku merapu. Oklah uolss.. be +ve ok. Terkadang nak juga merapu meghaban macam penulis blog yang terkenal, tapi sayangnya aku bukanlah sasterawan @ bloggerwan yang mencurah-curah idea bila berdepan dengan laptop, ni.



      Mungkin inilah yang dikatakan , fasa permulaan. Banyak yang perlu aku tahu. Yang perlu aku pelajari.

Di setiap sudut blog pastinya ada yang boleh dibanggakan seandaikan kreativiti ku, dah dianggap professional.

Oklah… setakat ini dulu yang dapat aku sharing dengan sahabat maya ku. Lain kali akan kuu sharing lagi ya.

Wassallam.












Sabtu, 31 Januari 2015

GERIMIS MENGUNDANG LAGI. AKU NAK LIHAT PELANGI.

1 Feb 2015...
Gerimis mengundang lagi... Apakah ini kesudahannya hidup ku ini. Tak sama mcm orang lain. Aku mcm biasalah sentiasa jadi peminta maaf, walaupun kesalahan yang ku lakukan hanya sebesar kuman.

Aku bukan keluar tak minta izin, bukan juga keluar dengan kawan, bukan melepak tak tentu pasal , bukan juga buat business hingga balik larut malam. Kesalahan aku cuma ubah kipas angin tak minta izin. Logic tak? Aku dimaki hamun , di tunjal dgn towel , hampir2 aku di hempuk dgn kerusi gara2 ingin menjawab serta menjelaskan sebab kenapa aku nak ubahkan kipas angin itu. Jika beritahu awal2 @ minta izin pun kipas angin itu tetap kena ubah. Hai ... manusia... ego & sombong masih menebal. Aku tak pernah kata aku punya rumah sendiri, aku ada kereta besar... Itu semua pinjaman. Allah bagi pinjam sementara ada di dunia ni aje. Untuk apa aku mendabek dada, sdgkan apa yang aku ada takkan kekal selamanya.

Ya Allah, Ya Tuhan ku, dengarlah rintihan hamba Mu ini. Hanya  pada Mu Ya Allah tempat aku meminta. Andai dugaan yg ku terima ini adalah utk Kau hapuskan dosa-dosa ku yg lalu, aku redha Ya Allah. Sekurang-kurangnya aku terhindar dari api neraka Mu, Ya Allah. Izinkan aku menambahkan saham akhirat ku sebelum kau ambil aku dari mukabumi Mu , Ya Allah.

Tak pernah ku impikan syurga dunia Mu Ya Allah, dalam desakan hidup d bandar besar Kau aturkan kehidupan ku hingga sampai ke Utara, walau bukan ada sape2 yg ku kenali disini. Namun selagi aku masih bernafas, perjalanan aku masih belum terhenti. Terima Kasih Allah. kerana dengan izin Mu juga aku sentiasa belajar bersyukur atas setiap pemberian Mu, aku pasrah dgn ketentuan Mu.

Ya Allah Ya Tuhan Ku,
Di luahan rasa ini, izinkan aku mendoakan semua org2 yg ku sayang di sekelilingku mendapat hidayah seperti mana yg kau anugerahkan pada ku ini Ya Allah. Tiada yg lebih istimewa dalam hidup ini selain memaafkan semua insan yg pernah buat salah pada ku sebelum ini.

Tq Allah,
Lindungilah aku serta keluarga ku agar sentiasa berada dibayah payung lindungan  mu.

Ameenn Ya rabbal A'alamin

Rabu, 28 Januari 2015

Esok MaSih ADAKAH mENTari Untuk Ku LagI

Esok Masih Adakah Mentari Untuk Ku Lagi....


Sendirian aku mencari hala tujuan yang entah terdampar di mana?

Sendirian aku masih berjalan mencari identitiku yang sebenar.
Puas ku toleh kiri dan kanan, masih tidak ku temuai, mereka yang ku temui , masing-masing punya halatujunya sendiri.

Kehidupanku yang ke terlalu jauh, bukan di tanah tumpahku sendiri.

Namun aku pasrah, kerana Mu, Ya Allah maka aku berada di sini.

Menghirup udara segar yang tidak seperti kehidupan ku sebelum ini. Ku tuliskan bait-bait kata ini, dari apa sahaja yang keluar dari benak fikiran ku. Aku bukan lah seorang penulis popular, juga bukan seorang yang berjaya dalam berkarya.

Tapi karya ku  ini, cukuplah sekadar mengisi kekosongan hati ini, yang terkadang tidak dapat di fahami oleh insan-insan disekeliling ku. Mungkin @ mana tahu, sekiranya ketiadaanku nanti, Ada bait-bait kata-kata ku ini, bisa menjadi kenangan kepada mereka yang ku rindui.

Buat suami: Tiada kata secantik bahasa, untuk ku ukir nama mu di dalam hati ku. Abang terlalu istimewa dalam hidup syg. Tidak ada yg buruk tentang diri mu yg aku kenali. Biar apa pun yg kau lakukan pada ku, aku sentiasa memaafkan mu, wahai suami ku. Tiap kelemahan, keburukan  mu, keegoaan mu sentiasa ku lindungi dari pengetahuan org lain. Agar mereka di sekeliling kita menghormati mu, serta menyanjungi mu seperti aku juga.

Aku dah terlalu banyak menangis, dah terlalu lama menderita dgn perangai lelaki yg bernama suami.
Aku dah muak dgn kerakusan sikap sang suami yg punya janji kosong, andai janji kosong mu sebersih air zam-zam. Aku lah insan yg paling bahagia disisi mu, suami ku, tapi malangnya....
Hanya Allah sahaja tempat aku mengadu, tatkala hati ini dirobek oleh kata-kata hina mu pada ku.


Buat anak-anak ibu tersayang: Ibu tak punya harta yang banyak tetapi ibu punya doa yang terbaik, ibu kirimkan buat anak-anak ibu tersayang.

Jagalah dirimu sebaik mungkin. Biarkan apa orang nak kata tentang kita. Pesan ibu, berdoalah setiap solat serta mintalah hanya dari ALlah SWT kerana hanya Dia sahaj yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Nukilan :29/01/2015